Menurut sumber maklumat yang diwasiatkan oleh Yang Teramat Mulia Penghulu Tajar Kedah Tuanku Nai Long Mahmud cucu Maharaja Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah, makna Kedah dalam bahasa Melayu Siam ialah berasal dari perkataan KEDAT yang bermaksud Kertas atau Watikah. Dalam bahasa Thai pula menyebut Kradat. Watikah ini ialah satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara. Setelah Maharaja Empayar Islam China Dinasti Tang Maharaja Sai Tee Song pada tahun 650M memeluk Islam, baginda telah mengarahkan cucunya Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa membuka kerajaan di Nusantara. Dalam penulisan sekarang kononnya Kedah berasal daripada perkataan Mangkuk Padi. Cuba anda semua lihat dengan teliti rajah dibawah ini;
Cubaan kerajaan British untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah Mangkuk Padi bermula pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz bin al-Adilin Muadzam Shah lagi sepertimana mereka menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama Melaka, padahal Melaka itu ialah Semenanjung ( Semenanjung Melaka). Dan selepas itu Paduka Serisultan ini telah membuat mata wangnya sendiri dengan menulis Kedah (mangkuk padi). Semua ini dibawah kelolaan dan arahan dari Kapten Francis Light, yang pada masa itu selalu membuat rondaan dari pelabuhan Culcutta sehingga ke Kepulauan Andaman dan Pulau Puket untuk mencari kelemahan kerajaan Kedah Tua. Sehingga mereka dapat mengesan yang bandar pentadbiran Kota Star pada masa itu dibawah jagaan adik ipar Sultan Kedah Sultan Abu Bakar Syarif Syah iaitu Paduka Seri Sultan Perdana Menteri Kedah Muhammad Jiwaz.
Beliau berjaya menghasut Paduka Seri Sultan atau Raja Daerah ini dengan mengatur rancangan mengatakan bahawa beliau juga layak menjadi Maharaja Melayu di Nusantara. Beliau telah mengajar dan memberi nasihat sehingga Paduka Seri Sultan ini sayang kepadanya dan terpesona dengan janji-janji musuh Allah ini untuk menjadi Sultan kepada kerajaan Kedah Tua. Dalam manuskrip dibawah ini tercatit dengan terang Negeri Kedah (Watikah) dan pada tahun 1920 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid dan Kedah ketika itu di bawah pengaruh British itu Kedah telah mencipta benderanya sendiri. Ini tercatit di dalam buku Lindungan Bulan muka surat 22 keluaran sempena hari Konvensyen Sejarah Kedah 28hb. November hingga 2hb. Disember 1981.